description

Blog ni aku yang punya. Aku post apa saja aku suka. Kalau tak nak baca, jangan baca.

Friday 4 October 2013

FoodFestival~~


whoooaaa!
4 Oct 2013,Jumaat-berkunjung ke Food Festival atau Halfest kat The Mines.. sebenonyee...ni lawatan utk course 
..Human & Resources.. 
hehehe..serius best!!


 with abang Jaafar Onn

with abang botak..hehehe..FBI..

with abang kelate..Fizo..

testingcamera duluu~~

tomeyy kan? hehehe...

ummi :)

abang katang sayo! adi putra...tp xleh jumpa..abang katang nak mai esok :(

ni afie..classmate kita :)

muka letih...penat bjalan...

Dr Human & Resource

paksa senyummm~

hehehe..no komen...

classmate :)


sticker PELAWAT HalFest

main sorok-sorok

terus berjalan tanpa henti..



sekian~

Friday 20 September 2013

kenapa mesti kura kura??


Assalamualaikum..

Pernah tak anda dengar tentang kisah Nabi Daud dengan ulat?? Di saat Nabi sedang duduk di serambi sambil membaca kita Zabur ,baginda melihat ulat sedang berjalan , lalu baginda terdetik untuk apakah Allah menjadikan ulat itu? Lalu dengan izin Allah, ulat itu berkata pada baginda bahawa Allah menjadikan dia bukan dengan tidak bersebab.. dia akan berzikir  “ Subhanallah walhamdulillah walailahailallah allahuakbar” sebanyak 1000 kali pada sebelah pagi dan berzikir “ Allahummasollia’ala muhammadin nabiyyil ummiyyi wa’ala alihi wasobbihi wassalim” sebanyak 1000 kali pada sebelah petang.

 Dengan itu setiap apa yang ada di muka bumi ini yang dijadikan oleh Allah semuanya adalah bersebab..



Memang aku x nafikan yg aku memang suka dengan kurakura.  Pon ada sebab. Kenapa??  Aku tahu kurakura itu bukanlah satu haiwan yang dikatakan “comel” macam kucing. Dan aku bukanlah memandang pada kecomelan itu. Namun apa yang membuatkan aku tertarik dengan haiwan ini sebab  bagi aku kurakura adalah satu haiwan yang cukup sabar.. Yaa! Memang dia lembap.. jalan pon slow je kan?? Tapi dia tetap akan terus berjalan utk mencapai apa saja yg dia nak. It just like 
“ it doesn’t matter how slow u go, as long as u don’t stop”..

Yaa..cengkerang di atas badan kurakura adalah rumahnya, tempat di mana dia akan berlindung bila berdepan dengan bahaya.. dan dia sensitive terhadap persekitaran di mana dia akan memasukkan kaki dan juga kepala ke dalam rumahnya bila dia dapati ada bahaya. Ini bermakna dia akan mementingkan akan keselamatan diri dia.

Cengkerang yg di mana si kurakura ini akan membawa selama hayatnya ini mungkinlah tersangat berat, namun setiap apa yg dijadikan Allah ada hikmahnya.. dan dia akan sentiasa bersama dengan pelindung (rumah) ciptaan Allah ini. Kurakura ini akan terus bersabar dengan tak kira sejauh mana dia berjalan, mendaki bukit yg tinggi walaupon beban yg dipikul mmg la berat, namun itulah kebaikannya..

Dan yang paling aku suka!  Kurakura adalah haiwan yang hanya berjalan ke depan, dia tidak akan pernah mengundur ke belakang apatah lagi dia akan berpaling.. pada aku, hidup ini satu perjalanan.yaa! kedepan, jangan pernah kita berpatah balik setelah apa yg kita lalui. Kita mesti capai apa saja yg kita nak. Semua permasalahan yg akan kita hadapi pada kemudian hari tu adalah yg telah ditetapkan untuk kita semua. Dan kita harus hadapinya, sebab ujian itu mmg mainan hidup manusia. Dan kita pon tahu yang Allah tak kan uji hambaNya melebihi kemampuannya.

Kura kura adalah haiwan dua alam, mampu hidup di air dan darat? So, apa yg kita dapat? Kat sini aku nak bgtaula yg kita mesti jadi mcm dia jugak.. kita mestilah mampu sesuaikan diri kita dimana saja kita berada, dengan siapa saja kita bergaul.. especially dengan masyarakat yg pelbagai ragam kan? Sama macam apa yg aku alami sekrang ni la..hidup sebagai seorang perantau dan akan aku suaikan diri aku dengan keadaan di sini untuk mencapai cita cita aku.. in shaa Allah.

Macam yg aku cakap tadi, semua tahu yang kura kura ni memang haiwan yang cukup lembap, pergerakan yg memang perlahan dan jarak perjalanan yang terhad. Jadi, dia dah tahu yg dia ni slow, dan kurakura akan focus pada sedikit tujuan. Ini bermakna dia akan fokus pada hal yg penting saja atas sebab dia tahu sejauh mana kemampuan dirinya.

Dan kita sebagai manusia, cuba kita fikir setiap apa yg diciptakan oleh Allah dalam dunia ni adalah bersebab.. dan bagi aku, kurakura satu “guru” yg cukup hebat untuk aku!


Sunday 15 September 2013

sem baruu~


Sem baru dan semangat baru! Yeppeeee!!

Assalamualaikum.. Alhamdulillah dah masuk sem ketiga kat UPM ni.. cepat molep masa berlalu op? xsedar pom.. so, sem baru ni subjek pon makin tough.. kena belaja molep ah.. ingat pesan maa abah.. hehehe…in shaa Allah..

Walaupon result sem 2 jatuh dari sem 1, tu bukan penghalang utk  terus jatuh kan? Apa-apa pon, syukur atas apa yang aku dapat..munkin tu je rezeki aku.. setimpal dengan usaha.. yang penting bagi aku ialah keikhlasan dalam menuntut ilmu..

Okay.. harapan : semoga sem ni menjadi sem yang terbaek.. ameeennnn…

Friday 2 August 2013

Raya2013



Sedar atau tak dah nak sampai penghujung Ramadhan.. saat ni la paling sedih.. tak tahu sejauh mana kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan amal kebaikan.. adakah mungkin tahun depan kita akan bertemu lagi Ramadhan? Atau ini Ramadhan yang terakhir.. hanya Allah sahaja yang tahu segalanya.. alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada usia 21 tahun.. dan tak lama lagi Syawal menjelma jua.. Hari Kemenangan pada seluruh umat Islam..

 Alhamdulillah.. segala persiapan dah hampir sempurna.. tema kaler baju raya tahun ni?? Hehehe.. campur2..  tahun ni macam tahun2 lepas jugak laa plan raya kat umah tok belah maa dan abah.. sebab dekat.. hehehe... semoga tahun ni lebih bemakna dan meriah berbanding tahun tahun yang lalu.. in shaa Allah... 


Dan dengan kesempatan ini nak ucap Selamat Hari Raya AidilFitri.. dan saya menyusun sepuluh jari (utk pompuan saja) memohon ampun atas segala salah silap saya.. ampunkan dosa saya.. 




Saturday 15 June 2013

Final Exam!!!


sem dua kat UPM ni akan berakhir bila 5paper berlalu..

dua paper dah berlalu.. tiga lagi bakal bertandang minggu ni..in shaaAllah..

sem ni agak tough sikit sbb first paper pon dah phewww! apa lagi kalau bukan Programming.. bercoding la jawabnya..biasa satu coding boleh siap dua minggu..tapi final exam 5 coding utk dua jam.. $^&^*%$^&*



java make me SICK!!!

for the next day.. follow by Assembly Language paper!
bercoding sudah..kali ni berbinary number  dan berlogic gate yg mmg x penah nak logik!





 just 1 and 0..
i'm only have ONE brain which sometimes it actually ZERO!

three more paper for this week!
 and the most tough is Calculus
i hate calculation subject! -_-

dan pada sebelah malamnya Pengucapan Awam.. oh no!!!!!!!dah la carry mark cam hampeh sem ni..apa nak jadi ni!alahaiiiii...


dan last paper! 
is English BBI 2421..belajar dari kecik sampai besar benda yg sama..grammar dan selamanya grammar..




 maka..pada esok harinya..khamis 20JUN maka bercutilah beta dengan amannya..hihihi..alhamdulilah...semoga sem ni lebih baek dari sebelum ni..selepas berusaha ..akhirnya aku bertawakal..inshaaAllah..semoga Allah tentukan kesudahan yg terbaek untuk diri aku.. in shaaAllah..

dan ingat!!!!



amin.......



Strike Force!


sekali kita kawan..selamanya kita kawan!


Okay.. ni kos paling aku suka sem ni..walapon hanya satu jam kredit je..ni la coursemate yg paling “osem” penah aku jumpa..kami sume dah mcm family.. minggu ni minggu terakhir kami bersama sbb dah nk dekat final..in shaa Allah lain kali kami jumpa balik.. sebelom habis sem ni kami buat jamuan kelas terakhir dan aku adalah pengarah program.. alhamdulillah program ni berjalan dengan cemerlang dan cukup2 enjoooyyyy!!!


 Macam2 kami buat hari tu..selain berBBQ kami bertukar hadiah, ada cabutan bertuah, ada game yg menarik, karok lagu, luah perasaan sepanjang sem..

Baksis Group 35 sem ni mmg yg terbaek penah aku jumpa.. inshaa Allah aku doakan kita semua x kan penah putus persahabatan and all the best for final exam! Chayyook!


STRIKE FORCE !

Program Anak Angkat


Salam..


“Aku paling x suka dengan program anak angkat..  sebab aku memang dah ada family aku sendiri”- tu first impression aku tentang anak angkat..


Dan ni lah kali pertama aku ikut program anak angkat ni sebab nak lulus subjek Bakti Siswa yg aku ambik sem ni.. ni projek mega kos ni dan aku wajib utk ikut.. huhhh!

Program ni selama 3 hari kat Kampung Haji Ahmad Razali kat Dengkil,Putrajaya..untung dekat dgn U aku..then, dengar je Putrajaya,so  tau2  laa kan kampung dia camna..xde la kampung sgt.. dan mmg xkan ada la sawah padi..paling penting ada wifi kot! hihi..

Seriously! Aku kagum ngn kampung tu sbb kampung tu semua penduduk bekerjasama..  owh! Lupa...dah samapi kat kampung tu mula laa program ni dgn pengagihan anak angkat pada family angkat.. so, kami semua 7 orang ditempatkan dalam satu rumah yg sama..naseb ada geng kan..so, xde la kekok sgt kan duk umah orang..  dan... paling syok aku jadi anak angkat pak imam kampung tu kot! Hahaha...serius best duk umah tu..kami duk dua bilik yg berbeza..umah tu agak selesa sbb ada aircond kot! Pheewww! ^_^

Okay! Malas nk cite panjang2...Cuma aku nk bagitau aku sgt beruntung sbb family angkat aku ni masih mengamalkan sunnah Rasulullah dan aku bangga duk umah ni sbb aku belajar banyak benda baru lebih2 lagi dalam soal agama.. okay.. anak2 mak angkat aku ni semua tahfiz..tapi mereka sume x de kat umah.. sbb masing2 tengah belajar..

Dan ni la saat paling indah..aku ada family angkat yg sgt2 baik.. dan aku harap hubungan kami x kan terputus sampai sini..semoga satu hari nanti kami akan bertemu kembali..
Inshaa Allah...


     :: Hjh Sarimah dan Hj Ishak ^_^

Saturday 11 May 2013

doa ^_^

assalamualaikum..



sebagai seorang Islam..aku percaya dengan "doa itu senjata orang mukmin"..ye betol.. bagi aku dalam dunia ni kita mampu boleh dapat apa saja dengan terus berusaha..betul..tapi sebenarnya aku percaya hanya doa lah segala-galanya untuk kita mencapai kejayaan.. kita hanya manusia biasa di muka bumi ni..dan apa saja kita inginkan kita hendaklah berusaha dan berdoa..tanpa doa hidup kita kosong dan usaha kita lakukan hanya sia-sia..

Allah Maha Mendengar.. Dia akan dengar apa saja luahan kita..masalah kita..dan kita kena yakin dengan kuasaNya.. bagi aku kadang2 ada je yang mungkin bagi kita satu hal tu agak remeh tapi kita nak sangat hal tu berlaku..tapi mungkin di luar jangkaan kita..namun dengan berdoa..
apa saja tak akan ada yang mustahil.. in shaa Allah.. 


pengalaman aku,aku pernah harapkan sesuatu dulu..hal biasa je..tapi selepas 3 tahun aku dapat hasilnya..mungkin doa kita lambat dimakbulkan..sebab Allah x kan bagi apa yang kita nak..tapi dia bagi apa yang kita perlu..

kat sini aku nak kata doa tu sangat penting.. jangan pernah putus asa dalam berdoa..in shaa Allah kita akan dapat jgk cuma masa kita tak tahu bila..dan yang penting kita berusaha dan bersabar..tak rugi kita sabar..

dan aku nak berpesan pada semua muslim..di akhir solat kita jangan sesekali ambil lewa tentang doa.. dan yang paling penting sedekahkan juga doa untuk ibu apa kita yang banyak berjasa pada kita selama hidup kita..semoga kehidupan kita mendapat barakah...amin...



i miss u kawan2 -__-



sejak dua menjak ni asyik teringat je kat semua kawan kawan lama..rasa rindu plak kat diorang sume..harap diorang sume sihat..hehehe..mana x nya,masing2 sibuk dgn hal dan keje masing2..pape pon aku harap sume diorang rasa apa yang aku rasa.. semoga kita semua berjaya dalam bidang masing masing..okay..
wassalam ^_^

Thursday 25 April 2013

rinduu KMPP

Hari ni 26 April 2013..setahun dah berlalu..setahun aku dah tinggalkan zaman matrik..cepat masa berlalu.. 26 April 2012 adalah hari terakhir aku kat KMPP..aku mula masuk sana 28/6/2010..hampir dua tahun kat sana..hari terakhir aku mmg x cakap banyak ah sbb mmg aku tahu tu hari last, aku akan balik, then dah x pegi sana..sbb jauh.. sedih sgt..mmg x terkata..the whole that day aku duk termenung je sambil dengar lagu ‘mungkin nanti, ‘perpisahan’ ,’tinggal kenangan’ dan ‘sahabat selamanya’.. aku tahu bukan aku je rasa macam tu..tapi aku tahu dan aku mmg dah setmind mana kita pergi utk persinggahan kita akan balik ke tempat mana kita berasal..tapi semua kenangan akan  kita bawa bersama sampai bila2..



Tu la bermula kehidupan aku berjauhan dgn family.. dan aku belajar banyak hal selama aku di sana.. aku x kan lupakan semua yg aku lalui kat sana.. dan aku harap satu hari nanti aku akan ke sana..ke KMPP.. dan aku akan ke semua tempat di mana kenangan dgn semua member2 aku.. in shaa Allah...



KMPP dlm kenangan.. rindu KMPP.. 

 hari terakhir aku tengok KMPP ..
miss u..

Thursday 18 April 2013

life is a journey..from Allah to Allah..







life is a journey



Hampir 21 tahun aku hidup di dunia ni..alhamdulillah..masih di beri kesempatan.. puluhan tahun hidup ni membuatkan aku telah melalui banyak rintangan hidup dan semuanya.. alhamdulillah.. ini pon satu ujian yg diberikan oleh Pencipta utk hambaNya.. apa je yg kita hadapi..kita kena laluinya..mudah atau sukar hanya kita yg rasa..yg penting kita selalu ingat Allah..inshaaAllah segalanya akan dipermudahkan..kadang2 aku terpikir kalau la selama 21 tahun ni aku dah lalui pelbagai dugaan dlm hidup..susah senang semuanya..apakah lagi yg bakal aku lalui selama usiaku nanti.. inshaaAllah aku harap aku menjadi insan yg makin tabah dlm mengharunginya..dan selama ni aku pernah lalui kesukaran yg mungkin telah menjatuhkan semangat aku..tp aku rasa x berdaya.. sedangkan aku masih x tahu liku2 kehidupan aku di hadapan sana..mungkin jauh lebih mencabar atau sukar dari ini.. maka ini membuatkan aku lebih bersyukur kerana aku mampu menghadapinya.. alhamdulillah...  dengan berbekalkan semangat yg aku ada.. Allah ada disamping aku.. akan aku terus untuk bangkit menjadi lebih berani.. aku mesti kuat! Kuat! Kuat! Sbb aku akan ada Dia yg x pernah tidur dan akan ada dgn aku selain insan2 yg aku sayang di dunia ini..
 Ya Alah... alhamdulillah......



apa pun yg kita lalui...derdoalah..supaya dipermudahkan segalanya..dan dipertemukan dengan jalan yg terbaek..inshaaAllah.. Dia selalu disamping kita...