description

Blog ni aku yang punya. Aku post apa saja aku suka. Kalau tak nak baca, jangan baca.

Saturday 27 June 2015

Ramadhan

dengan ini tamatlah sem Enam sebagai degree student. Alhamdulillah!

Ramadhan kali ni sebagai anak perantau. Selamat pulang ke kampung halaman masing masing. Semoga selamat perjalanan. Selamat Hari Raya. Ampun maaf buat semua yang  mengenali diri ini..

Assalamualaikum

Wednesday 3 June 2015

3june

the moment bila kau bangun dari tidur dan kau teringat kejadian sebelum kau tidur. apa yang kau fikir sebelum tidur. sedih sangat. betul. walaupun kita dah maafkan tapi rasa tu tak boleh tipu. hanya Allah sahaja yang tahu. semua satu hari kita ketemu bahagia masing- masing.

Saturday 18 April 2015

UPDATE

Aku bela blog ni dari tahun 2011. Macam macam aku post kat sini. Apa saja yang aku tak puas hati atau aku simpan aku luah kat sini. Beberapa hari ni aku terpikir nak tapis balik semua post. Dan aku dah delete 80 peratus darinya. Kenapa?

Apa yang berlaku tu biar berlaku. Benda yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan pengajaran. Aku takut tak sempat nak delete post yang mana buruk dan tak baik nanti.


Apa yang masih ada dalam ni, aku masih sayang nak delete. Sampai masa nanti aku delete jugak. 

Minta maaf atas salah silap sebelum ni. 

Sunday 22 March 2015

Semangat Annette! (niaga)

Okay.. abah aku ada 16 adik beradik. 3 dah meninggal. Tinggal 13 orang dan hanya sorang je kerja kerajaan dan yang lain meniaga. Boleh rasa tak darah yang mengalir dalam diri ni darah meniaga??(aku jelah yang rasa sebab darah aku).

ya! dan tu lah minat aku yang sebenar. Dan sampai sekarang aku tak de jawapan kenapa aku belajar Sains Komputer. Demi Ilmu takpe. Tapi minat aku ni tak pernah pudar.

Aku macam Maa Abah jugak. Tapi niaga yang aku maksudkan tu aku lebih minat pada kedai makan. Cita cita aku nak ada kedai makan yang besar. HAHA. Sekarang Maa Abah pun niaga kedai makan. Tiap kali cuti sem aku jual popia. HEHEHE. 

Tapi. Entah macam mana aku sekarang ni dalam belajar tapi baru mula meniaga produk slimming. Aku ni dah la 'badak'. HEEE... (maa abah sokong selagi tak abaikan study)- InshaaAllah.

Pernah dengar Annette Gel (Slim & Firm)??


Dan sebenarnya aku lah owner blog Annette: HAHA.


kalau la pernah tengok gambar-gambar ni:



sebenarnya ni semua gambar aku... HAHA. Okay la.. promote sikit.. kalau berminat.. boleh la blog Annette Gel di link yang aku bagi kat atas tadi..

Sekian...

cnshafareenafera