description

Blog ni aku yang punya. Aku post apa saja aku suka. Kalau tak nak baca, jangan baca.

Friday 20 September 2013

kenapa mesti kura kura??


Assalamualaikum..

Pernah tak anda dengar tentang kisah Nabi Daud dengan ulat?? Di saat Nabi sedang duduk di serambi sambil membaca kita Zabur ,baginda melihat ulat sedang berjalan , lalu baginda terdetik untuk apakah Allah menjadikan ulat itu? Lalu dengan izin Allah, ulat itu berkata pada baginda bahawa Allah menjadikan dia bukan dengan tidak bersebab.. dia akan berzikir  “ Subhanallah walhamdulillah walailahailallah allahuakbar” sebanyak 1000 kali pada sebelah pagi dan berzikir “ Allahummasollia’ala muhammadin nabiyyil ummiyyi wa’ala alihi wasobbihi wassalim” sebanyak 1000 kali pada sebelah petang.

 Dengan itu setiap apa yang ada di muka bumi ini yang dijadikan oleh Allah semuanya adalah bersebab..



Memang aku x nafikan yg aku memang suka dengan kurakura.  Pon ada sebab. Kenapa??  Aku tahu kurakura itu bukanlah satu haiwan yang dikatakan “comel” macam kucing. Dan aku bukanlah memandang pada kecomelan itu. Namun apa yang membuatkan aku tertarik dengan haiwan ini sebab  bagi aku kurakura adalah satu haiwan yang cukup sabar.. Yaa! Memang dia lembap.. jalan pon slow je kan?? Tapi dia tetap akan terus berjalan utk mencapai apa saja yg dia nak. It just like 
“ it doesn’t matter how slow u go, as long as u don’t stop”..

Yaa..cengkerang di atas badan kurakura adalah rumahnya, tempat di mana dia akan berlindung bila berdepan dengan bahaya.. dan dia sensitive terhadap persekitaran di mana dia akan memasukkan kaki dan juga kepala ke dalam rumahnya bila dia dapati ada bahaya. Ini bermakna dia akan mementingkan akan keselamatan diri dia.

Cengkerang yg di mana si kurakura ini akan membawa selama hayatnya ini mungkinlah tersangat berat, namun setiap apa yg dijadikan Allah ada hikmahnya.. dan dia akan sentiasa bersama dengan pelindung (rumah) ciptaan Allah ini. Kurakura ini akan terus bersabar dengan tak kira sejauh mana dia berjalan, mendaki bukit yg tinggi walaupon beban yg dipikul mmg la berat, namun itulah kebaikannya..

Dan yang paling aku suka!  Kurakura adalah haiwan yang hanya berjalan ke depan, dia tidak akan pernah mengundur ke belakang apatah lagi dia akan berpaling.. pada aku, hidup ini satu perjalanan.yaa! kedepan, jangan pernah kita berpatah balik setelah apa yg kita lalui. Kita mesti capai apa saja yg kita nak. Semua permasalahan yg akan kita hadapi pada kemudian hari tu adalah yg telah ditetapkan untuk kita semua. Dan kita harus hadapinya, sebab ujian itu mmg mainan hidup manusia. Dan kita pon tahu yang Allah tak kan uji hambaNya melebihi kemampuannya.

Kura kura adalah haiwan dua alam, mampu hidup di air dan darat? So, apa yg kita dapat? Kat sini aku nak bgtaula yg kita mesti jadi mcm dia jugak.. kita mestilah mampu sesuaikan diri kita dimana saja kita berada, dengan siapa saja kita bergaul.. especially dengan masyarakat yg pelbagai ragam kan? Sama macam apa yg aku alami sekrang ni la..hidup sebagai seorang perantau dan akan aku suaikan diri aku dengan keadaan di sini untuk mencapai cita cita aku.. in shaa Allah.

Macam yg aku cakap tadi, semua tahu yang kura kura ni memang haiwan yang cukup lembap, pergerakan yg memang perlahan dan jarak perjalanan yang terhad. Jadi, dia dah tahu yg dia ni slow, dan kurakura akan focus pada sedikit tujuan. Ini bermakna dia akan fokus pada hal yg penting saja atas sebab dia tahu sejauh mana kemampuan dirinya.

Dan kita sebagai manusia, cuba kita fikir setiap apa yg diciptakan oleh Allah dalam dunia ni adalah bersebab.. dan bagi aku, kurakura satu “guru” yg cukup hebat untuk aku!


No comments:

Post a Comment