description

Blog ni aku yang punya. Aku post apa saja aku suka. Kalau tak nak baca, jangan baca.

Wednesday 31 December 2014

Selamat tahun baru 2015!




Semoga tahun ni lebih baik dari tahun tahun sebelum ni. Banyak kenangan tahun 2014. Manis pahit semua ada. Rasanya tak perlu nak cerita la. Semua tu jadi kenangan. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Semoga apa yang berlaku buat aku lebih matang dalam menjalani hidup akan datang.

Buat masa ni memang tak nak fikir apa lagi pasal hubungan ke apa. Kalau ada jodoh tu, adalah. Kalau jodoh aku dengan maut sekalipon aku terima. Apa yang Allah aturkan memang dah terbaik. Dengan siapa pon jodoh aku, macam mana pun dia nanti, aku terima. Yang penting dia boleh bimbing aku ke jalan Allah dan betul betul sayangkan aku.

Setiap manusia ingin disayangi. Lumrah la kan.

Buat masa ni aku nak fokuskan pelajaran aku. Habiskan degree aku, nanti aku nak tunaikan permintaan maa. Maa nak aku sambung master. inshaaAllah aku akan tunaikan. Aku hanya ada family je yang tak pernah lekang doakan aku, harapkan aku, sayangkan aku, sokong aku. Dan tak mungkin aku akan hampakan mereka.

Aku harap aku dapat tolong family aku sebelum aku mati. Aku doakan maa abah panjang umur dan aku diberi kesempatan untuk tolong mereka sebelum antara kami pergi dulu. 
Korang! Ingat tau orang yang tak pernah putus bagi kita peluang hanya ibubapa kita je tau. Orang yang x pernah jemu maafkan kesalahan kita walau sebesar mana pun ibubapa kita je tau. Aku dah nampak dah semua tu.

Aku anak sulung dan tanggungjawab aku sangat besar memandangkan aku bukan anak orang senang. Tapi aku tak lupa semua tu. Apa yang aku lalui hari ni  pon hanya untuk mereka jugak.

Tahun 2015 ni aku nak apa? Apa azam aku? selama hidup aku x pernah ada azam. Apa je aku nak aku akan usahakan. Kalau ada rezeki dapat la. Apa yang berlaku ni semua dari Allah. Hanya Dia tahu apa yang terbaik. Apa pon aku gagahkan diri jugak.

Dan aku percaya satu hari nanti Allah gantikan kesedihan aku dengan kegembiraan. Ameeennn……..

Assalamualaikum… selamat tahun baru!







Saturday 13 December 2014

Element Creative Design (Janji Ayah)


hai hai hai... ni nak post montage nak promote buku cerita kanak kanak yang aku buat. Meh nak cite sikit. Macam macam dugaan yang dilalui tau nak siapkan buku cerita yang 22 pages tu. Tiga minggu baru siap. Part paling susah time nak color. Lukis senang sebab aku pakai shape tool je. Lepas print buku tu. Janji Ayah tajuk buku tu. Kitorang kena buat pulak video montage nak promote. Bukan sampai situ je, siap kena jadi maskot pulak tu untuk main character kita. Untuk buku aku ni, aku jadi ayah la.. hahaha. okay, gambar maskot mungkin akan menyusul kemudian dalam post akan datang.

ni la cover depan buku aku tu. hahaha. macam mana? ok x? 
maklumlah tangan kayu kan. 




\
  ni pulak video montage untuk Janji Ayah.

sekian, terima kasih.


Animation Computer Assignment


Alhamdulillah...
Akhirnya siap jugak video Animation ni. Macam sem lepas jugak aku dengan partner aku Nurul Afiqah. KuraKucing Production. Kali ni kitorang tampilkan video animasi bertajuk Adventures of BoTak. 

Bo dan Tak ni kawan baik. Mereka hidup dalam sebuah rumah ( bilik tido). Bo ni suka sangat tengok bunga matahari dari luar tingkap. Satu hari, Bo ajak Tak keluar untuk tengok dengan dekat lagi bunga matahari tu. Tak ni jenis yang cepat terkejut dan akan "ringing" tiap kali terkejut. Tiba tiba...... (tengok la sendiri)..

OK..Selamat menonton dari kami. 

InshaaAllah...pengalaman buat animation ni kami akan improvekan dari masa ke semasa. 

Wednesday 10 December 2014

GameOver !

Assalamualaikum….

Lamanya tak update blog. Alasannya? Sibuk!

Dah lama nak luahkan semua ni. Dengan berbekalkan kekuatan yang ada ni, aku start la eh.

Dah lama aku nak tahu sesuatu. Aku dapat rasa seperti ada yang aku patut tahu. Tapi aku tahu macam mana aku nak tahu semua tu. aku hanya mampu berdoa pada Allah semoga ditunjukkan kebenaran yang aku betul betul nak tahu selama ni.
Enam tahun aku kenal Mubin. Enam tahun aku setia dengan dia. Enam tahun aku percayakan dia. Enam tahun aku sayangkan dia. Enam tahun aku rindukan dia. Enam tahun aku berharap dengan dia. Enam tahun aku tunggu dia. Enam tahun aku tanam macam macam harapan. Enam tahun kami bahagia. Enam tahun kami bersama. Dan…..
Enam tahun tu jugalah semua ni hanya sia- sia. Enam tahun akhirnya berlalu macam tu saja. Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku, kekuatan aku. Hanya Allah.

Di pendekkan cerita. 25hb. Akhirnya Allah tunjukkan semuanya. Allah lembutkan hati dia untuk ceritakan hal sebenar. Enam tahun kenal, empat tahun dia dengan orang lain. Dan masih kekal hingga sekarang. Pedih hati tu x leh nak ungkap dengan lisan. Macam macam dah dirancang, family pon kenal. Tapi……

Sekali lagi, aku jatuh. Payahnya nak bangkit. Payahnya nak bangun.
Mestilah aku Tanya kenapa buat macam tu kan. Dia kata sebab perasaan x leh dipaksa. Dan akhirnya dia sayangkan perempuan tu. tapi aku setia! Kenapa aku setia, tp dibalas macam tu. perempuan tu tahu yang Mubin dah ada aku. Dan dia rela. Dia sanggup asalkan mereka tetap bersama. Tapi macam mana pulak dengan aku yang x tahu ni? Kenapa mesti 4 tahun mereka tipu aku? Kenapa bukan setahun dua? Kenapa nak sorok semua ni dari aku? Kenapa nak jaga hati aku? Tak tahu ke bila aku tahu semua ni buat aku jatuh? Tak tahu ke aku pon manusia juak? Aku pon manusia macam mereka yang ada perasaan.

Memang betul perempuan tu boleh terima aku sebab mubin kenal aku dulu. Tapi macam mana pulak dengan aku yang baru tahu? Jangan anggap aku boleh terima semua ni macam mana perempuan tu terima.

Kenapa tak buang aku dulu? Kalau betul boleh jumpa dengan orang yang boleh gantikan aku? Katanya “sayang”. Kalau sayang, patutnya bagitahu awal2. Boleh aku buat keputusan awal. Dan mungkin kalau aku tah dari dulu. Paling kurang aku dah lama move on. Tapi bukan  sekarang. Tak mudah nak kekalkan hubungan sampai enam tahun. Enam tahun. Akhirnya aku yang undur diri..

Walau macam mana pun. Aku kena kuat. Orang buang aku. Bukan aku buang orang. Hati milik Allah. Dan aku dah cuba jadi yang terbaik, mungkin bukan jodoh kita. Akhirnya enam tahun berlalu macam tu je.

Hadiah istimewa ulang tahun kelahiran aku. 25hb. Alhamdulillah. Hadiah yang aku tunggu selama ni.

Semoga bahagia.
Aku kuat.
Aku jatuh. Jangan paksa aku bangun. 
Sebab aku memang akan bangun. Aku mesti bangun!
inshaaAllah..

**apa yang diluahkan ni tak detail. Apa yang aku rasa x  mampu diluahkan melalui post ini. Hanya Allah saja yang tahu. Hanya Allah yang tahu apa hikmahnya. Hanya Allah saja mampu membalasnya. Hanya Allah saja. Allah itu ada.
(aku tahu kau baca):

Pesanan utk mereka berdua :


"Dia mungkin bukan milik aku. Mungkin jodoh aku dengan maut. Terima kasih sebab komplot untuk jatuhkan aku. Hanya Allah mampu membalas jasa kau. Senyumlah sepuas hati dengan kemenangan ni. Doakanlah semoga dilembutkan hati aku, dibukakan pintu hati aku untuk maafkan kau dan dia sebelum aku mati. "

Saturday 27 September 2014

Cuti Cuti Penang ! ! September 2014

sekitar Padang Kota Gurney

Penang Street Art





 Uncle and the geng memang power ah. Kalo pejam mata x rasa pon dorang ni main dengan barangan terpakai

First time tengok macam bunga hiasan. BUT Heeyyy! ini AisKrim ! 

sodaapp! ceq amik peghisa Chocolate Oreo. 

meleleehh ayaq liuq !





night market Batu Ferringhi..


Bukit Bendera. Time ni dalam train nak naik ataih.


Pemandangan dari atas Bukit Bendera


Dinner time at Padang Kota. Pasemboq!

kenangan terindah. haha ! the best part ah ni. dah macam kat Korea.


menuju ke Pulau Mutiara




Perangin Mall. Afie nampak bambam sikit disini.

jauuhhhhh.......





dalam train pon mantain dengan selpie. lantak p oghang nak kata paa. haha!

puncak Penang Hill

with awesome people. love them so much! miss uolll!



selpie dengan afie. (umah MakYang)


 Padang Kota.



Jeruk Chowrasta. melelehh!


** gambaq last day kat Komtar dengan Nasi Kandaq ceq lupa nak ambik. Issokey. Tapi ni la percutian yang best! semoga ketemu lagi yaa Penang. 


Thursday 5 June 2014

CCGV Workshop !

Bukan hanya dengan MULTIMEDIA WEEK dan HCI DAY je kami kena join. Subjek Computer Graphic pulak kami kena handle workshop! perggghhhh! HAHA.

Kami Multimedia students dipecahkan tiga kumpulan besar untuk handle workshop yang berlainan tapi pada hari yang sama. Tak habis penat dengan HCI DAY sebelah pagi, petangnya pulak handle workshop!


group ni handle 3D Modellling via Blender. Dorang akan ajar peserta macam mana nak buat objek dalam 3D images dengan guna software Blender. Bukan senang okay! Aku pon x reti. HAHA.



ni group aku. HAHA. group ni handle workshop Anaglyph glasses and Photoshop. Untuk workshop ni kami ajar peserta buat anaglyph glass atau 3D glass. Ala yang biru merah tu. Then kami ajar buat images dalam 3D dengan menggunakan software Photoshop. Pastu mereka kena tengok images tu dengan glass yg diorang buat masa awal2 workshop! seriously, enjoy gilaaaakkkkk! HAHA

group ni plak handle Basic AR via D'Fusion. Sebenarnya aku takde idea untuk workshop ni apa dorang buat. Cuma yang aku tahu dorang akan create 3D images then boleh tengok via webcam. Smart gile! tp susah kot. 

apa2 pon semua ni pengalaman. Kami bukan je belajar macam mana nak gunakan semua software tu tapi yang paling best kami belajar macam mana nak handle workshop. macam mana nak interact dengan participant dan jugak macam mana nak communication, nak ajar dorang. HAHA.
 BEST!!!!

Human Computer Interaction. HCI DAY '14

Kali ni belanja gambar kanak kanak Ribena hari HCI DAY. PURPLE DAY !
perggghhhh! HAHA.

Booth jiran depan. HAHA. Group ni product Dream Smart Oven !

 ni Group Leader dorang. Kak Ina yang cantik ni adalah milik Basha. HAHA.

Ni la Banu. Partner aku utk product GogglesCam kami. HIHIK!

Banu depan booth kami. 

Banu dengan Farhana. Foreigner dari Bangladesh. Sama kan mereka? HAHA.

Jiran jiran datang ke booth kami saja nak interframe bergambar. HEHE.

SELFIE sikit :)HAHA

Jiran depan jugak ni. VENDITOP product mereka. Memang TOP. 

ni group members mereka. Atif dah macam Dr Rozmey. HAHA

Dream Smart Oven prototype

product apa ntah. LUPA!. HAHA

WOW Umbrella. Anak Dr Evi jadi tester utk product ni. HAHA.

WARDROBE apa ntah ni. PUN LUPA!


ni HELM helmet. Third Winner

 
ni la VENDITOP tu. Mana x TOP, First Winner kot. HAHA.

prototype utk Smart Baby Walker. COMEL kan?

ni gropu mereka. Sungguh gigih mereka ni.

ni product jiran sebelah. 3R Washing Machine. Third Winner.

me and Banu. Second Winner for GogglesCam.

wajah2 keriangan! kegembiraan! HAHA

DR Evi ! Thanks lot Dr utk semua ni. Subjek HCI very the WOWWW laa!

ni la groupmates aku yang tersayang. (laa sangat) HAHA.

me dengan Mak Jemah jiran depan. HAHAHA.

bila semua winner bergabung! HAHA

me and Ayed, jiran sebelah. Washing Machine. HAHA

Alhamdulillah semua dah selesai. Rasa lega. Dan sampai sekarang masih tak percaya yang group aku GOGGLESCAM menang second prize. Sedangkan ramai dan product lain lagi canggih dari kami. Dan mungkin ni rezeki kami. Apa yang kami lakukan selama ni berbaloi.  Sangat berbaloi. Semua usaha yang berhasil. Dan semoga ni jadi pendorong untuk kami bersatu dan buat kerja dengan bersungguh sungguh lagi lepas ni.Yang penting adalah ilmu yang kami dapat sepanjang kami belajar subjek ini!