description

Blog ni aku yang punya. Aku post apa saja aku suka. Kalau tak nak baca, jangan baca.

Tuesday 3 January 2017

2017

setelah bertahun tak update....

alhamdulillah makin matang la tu kan.. baru lepas konvo degree dan inshaaAllah akan sambung belajar master pulak. doakan sis.
thank you.

Saturday 27 June 2015

Ramadhan

dengan ini tamatlah sem Enam sebagai degree student. Alhamdulillah!

Ramadhan kali ni sebagai anak perantau. Selamat pulang ke kampung halaman masing masing. Semoga selamat perjalanan. Selamat Hari Raya. Ampun maaf buat semua yang  mengenali diri ini..

Assalamualaikum

Wednesday 3 June 2015

3june

the moment bila kau bangun dari tidur dan kau teringat kejadian sebelum kau tidur. apa yang kau fikir sebelum tidur. sedih sangat. betul. walaupun kita dah maafkan tapi rasa tu tak boleh tipu. hanya Allah sahaja yang tahu. semua satu hari kita ketemu bahagia masing- masing.

Saturday 18 April 2015

UPDATE

Aku bela blog ni dari tahun 2011. Macam macam aku post kat sini. Apa saja yang aku tak puas hati atau aku simpan aku luah kat sini. Beberapa hari ni aku terpikir nak tapis balik semua post. Dan aku dah delete 80 peratus darinya. Kenapa?

Apa yang berlaku tu biar berlaku. Benda yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan pengajaran. Aku takut tak sempat nak delete post yang mana buruk dan tak baik nanti.


Apa yang masih ada dalam ni, aku masih sayang nak delete. Sampai masa nanti aku delete jugak. 

Minta maaf atas salah silap sebelum ni. 

Sunday 22 March 2015

Semangat Annette! (niaga)

Okay.. abah aku ada 16 adik beradik. 3 dah meninggal. Tinggal 13 orang dan hanya sorang je kerja kerajaan dan yang lain meniaga. Boleh rasa tak darah yang mengalir dalam diri ni darah meniaga??(aku jelah yang rasa sebab darah aku).

ya! dan tu lah minat aku yang sebenar. Dan sampai sekarang aku tak de jawapan kenapa aku belajar Sains Komputer. Demi Ilmu takpe. Tapi minat aku ni tak pernah pudar.

Aku macam Maa Abah jugak. Tapi niaga yang aku maksudkan tu aku lebih minat pada kedai makan. Cita cita aku nak ada kedai makan yang besar. HAHA. Sekarang Maa Abah pun niaga kedai makan. Tiap kali cuti sem aku jual popia. HEHEHE. 

Tapi. Entah macam mana aku sekarang ni dalam belajar tapi baru mula meniaga produk slimming. Aku ni dah la 'badak'. HEEE... (maa abah sokong selagi tak abaikan study)- InshaaAllah.

Pernah dengar Annette Gel (Slim & Firm)??


Dan sebenarnya aku lah owner blog Annette: HAHA.


kalau la pernah tengok gambar-gambar ni:



sebenarnya ni semua gambar aku... HAHA. Okay la.. promote sikit.. kalau berminat.. boleh la blog Annette Gel di link yang aku bagi kat atas tadi..

Sekian...

cnshafareenafera


Wednesday 31 December 2014

Selamat tahun baru 2015!




Semoga tahun ni lebih baik dari tahun tahun sebelum ni. Banyak kenangan tahun 2014. Manis pahit semua ada. Rasanya tak perlu nak cerita la. Semua tu jadi kenangan. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Semoga apa yang berlaku buat aku lebih matang dalam menjalani hidup akan datang.

Buat masa ni memang tak nak fikir apa lagi pasal hubungan ke apa. Kalau ada jodoh tu, adalah. Kalau jodoh aku dengan maut sekalipon aku terima. Apa yang Allah aturkan memang dah terbaik. Dengan siapa pon jodoh aku, macam mana pun dia nanti, aku terima. Yang penting dia boleh bimbing aku ke jalan Allah dan betul betul sayangkan aku.

Setiap manusia ingin disayangi. Lumrah la kan.

Buat masa ni aku nak fokuskan pelajaran aku. Habiskan degree aku, nanti aku nak tunaikan permintaan maa. Maa nak aku sambung master. inshaaAllah aku akan tunaikan. Aku hanya ada family je yang tak pernah lekang doakan aku, harapkan aku, sayangkan aku, sokong aku. Dan tak mungkin aku akan hampakan mereka.

Aku harap aku dapat tolong family aku sebelum aku mati. Aku doakan maa abah panjang umur dan aku diberi kesempatan untuk tolong mereka sebelum antara kami pergi dulu. 
Korang! Ingat tau orang yang tak pernah putus bagi kita peluang hanya ibubapa kita je tau. Orang yang x pernah jemu maafkan kesalahan kita walau sebesar mana pun ibubapa kita je tau. Aku dah nampak dah semua tu.

Aku anak sulung dan tanggungjawab aku sangat besar memandangkan aku bukan anak orang senang. Tapi aku tak lupa semua tu. Apa yang aku lalui hari ni  pon hanya untuk mereka jugak.

Tahun 2015 ni aku nak apa? Apa azam aku? selama hidup aku x pernah ada azam. Apa je aku nak aku akan usahakan. Kalau ada rezeki dapat la. Apa yang berlaku ni semua dari Allah. Hanya Dia tahu apa yang terbaik. Apa pon aku gagahkan diri jugak.

Dan aku percaya satu hari nanti Allah gantikan kesedihan aku dengan kegembiraan. Ameeennn……..

Assalamualaikum… selamat tahun baru!







Saturday 13 December 2014

Element Creative Design (Janji Ayah)


hai hai hai... ni nak post montage nak promote buku cerita kanak kanak yang aku buat. Meh nak cite sikit. Macam macam dugaan yang dilalui tau nak siapkan buku cerita yang 22 pages tu. Tiga minggu baru siap. Part paling susah time nak color. Lukis senang sebab aku pakai shape tool je. Lepas print buku tu. Janji Ayah tajuk buku tu. Kitorang kena buat pulak video montage nak promote. Bukan sampai situ je, siap kena jadi maskot pulak tu untuk main character kita. Untuk buku aku ni, aku jadi ayah la.. hahaha. okay, gambar maskot mungkin akan menyusul kemudian dalam post akan datang.

ni la cover depan buku aku tu. hahaha. macam mana? ok x? 
maklumlah tangan kayu kan. 




\
  ni pulak video montage untuk Janji Ayah.

sekian, terima kasih.