description

Blog ni aku yang punya. Aku post apa saja aku suka. Kalau tak nak baca, jangan baca.

Wednesday, 31 December 2014

Selamat tahun baru 2015!




Semoga tahun ni lebih baik dari tahun tahun sebelum ni. Banyak kenangan tahun 2014. Manis pahit semua ada. Rasanya tak perlu nak cerita la. Semua tu jadi kenangan. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Semoga apa yang berlaku buat aku lebih matang dalam menjalani hidup akan datang.

Buat masa ni memang tak nak fikir apa lagi pasal hubungan ke apa. Kalau ada jodoh tu, adalah. Kalau jodoh aku dengan maut sekalipon aku terima. Apa yang Allah aturkan memang dah terbaik. Dengan siapa pon jodoh aku, macam mana pun dia nanti, aku terima. Yang penting dia boleh bimbing aku ke jalan Allah dan betul betul sayangkan aku.

Setiap manusia ingin disayangi. Lumrah la kan.

Buat masa ni aku nak fokuskan pelajaran aku. Habiskan degree aku, nanti aku nak tunaikan permintaan maa. Maa nak aku sambung master. inshaaAllah aku akan tunaikan. Aku hanya ada family je yang tak pernah lekang doakan aku, harapkan aku, sayangkan aku, sokong aku. Dan tak mungkin aku akan hampakan mereka.

Aku harap aku dapat tolong family aku sebelum aku mati. Aku doakan maa abah panjang umur dan aku diberi kesempatan untuk tolong mereka sebelum antara kami pergi dulu. 
Korang! Ingat tau orang yang tak pernah putus bagi kita peluang hanya ibubapa kita je tau. Orang yang x pernah jemu maafkan kesalahan kita walau sebesar mana pun ibubapa kita je tau. Aku dah nampak dah semua tu.

Aku anak sulung dan tanggungjawab aku sangat besar memandangkan aku bukan anak orang senang. Tapi aku tak lupa semua tu. Apa yang aku lalui hari ni  pon hanya untuk mereka jugak.

Tahun 2015 ni aku nak apa? Apa azam aku? selama hidup aku x pernah ada azam. Apa je aku nak aku akan usahakan. Kalau ada rezeki dapat la. Apa yang berlaku ni semua dari Allah. Hanya Dia tahu apa yang terbaik. Apa pon aku gagahkan diri jugak.

Dan aku percaya satu hari nanti Allah gantikan kesedihan aku dengan kegembiraan. Ameeennn……..

Assalamualaikum… selamat tahun baru!







No comments:

Post a Comment